Saturday 2 May 2015

5 Panduan menambahkan berat badan

 5 Panduan dan tips untuk menaikkan dan menambahkan berat badan ideal.

Hari ini saya nak berbincang tentang tips dan panduan untuk menambahkan berat badan anda yang terlalu kurus ke berat ideal.Pada masa sekarang golongan yang selalu mengalami masalah ini adalah golongan remaja dan pelajar.Ramai di antara mereka ini suka menyendiri kerana malu untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka disebabkan masalah berat badan yang kurus.Berbalik kepada perbincangan kita pada hari ini ialah panduan dan tips yang sangat berkesan untuk anda yang megalami masalah berbadan kurus.

Panduan adalah seperti berikut:

1. Minum air putih yang secukupnya.
Dinsihatkan kepada anda yang suka sangat minum air yang manis kerana air manis adalah punca berat badan tidak naik.Diharuskan kepada anda supaya mengamalkan meminum air putih yang secukupnya untuk berat badan anda.Disini saya akan memberi contoh kepada anda untuk mengetahui berapa banyak yang harus anda minum untuk sehari [ Berat badan ( kg ) dibahagi dengan  25 kg ( 1 liter ) ] kalau berat badan anda 25 kg maka air yang harus anda minum ialah 1 liter sehari. Kalau berat badan 40 kg dibahagi 25 kg =  1.6 liter.

2.Makan dengan kerap dalam sehari.

Kalau anda hendak tambah berat badan haruslah makan dengan kerap dalam sehari.Jangan biarkan perut anda kosong.Makan dengan kerap bukannya makan dengan kuantiti yang banyak.Makan hendaklah makan dalam kuantiti yang sedikit tapi diingatkan haruslah menambahkan makanan yang berprotein dalam setiap pemakanan.Kalau nak lebih bagus anda digalakkan makan 6 kali sehari untuk menambahkan berat badan.

3.Bersenam membesarkan otot.
Senaman adalah sangat penting untuk menambah berat badan ke berat yang ideal.Senaman juga dapat membantu anda membina otot dengan cepat.Lakukan senaman di gim seperti mengangkat beban untuk membesarkan otot-otot badan.Senaman seperti squat,bench press dan sebagainya dapat membantu anda menambah berat badan dengan cepat.Dinasihatkan ketika anda ingin melakukan sesuatu latihan angkat berat hendaklah bersama orang yang terlatih dalam latihan tersebut untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

4.Protein dan multivitamin.
 Pengambilan protein shake dan pil multivitamin adalah sangat penting dalam sistem badan anda.Jika kedua-dua benda ini tidak di ambil dengan betul mungkin anda akan mempunyai sedikit masalah dalam menambahkan berat badan.Harus diingatkan kepada anda hendaklah berjumpa dengan doktor dan pakar kesihatan untuk mengetahui tentang pengambilan dengan betul.

5.Amalkan meminum susu.

Memang banyak khasiat yang kita dapat dari amalan meminum susu.Dalam seharian kita juga ramai yang memandang remeh terhadap meminum susu.Amalan minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan kandungan air dalam sisitem badan kita.Penggunaan susu selepas latihan angkat berat boleh mengisi sistem dengan cecair yang hilang dalam badan semasa melakukan latihan.Pengambilan susu sebelum tidur amat digalakkan kerana khasiat susu dapat membuat tidur dengan menjadi nyeyak di malam hari.Bagi anda yang pernah mengalami susah nak tidur malam hari atau insomnia adalah susu adalah jalan alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.Susu sangat penting bagi menambah                                                             berat badan ke berat ideal.

6.Berehat dengan secukupnya.
Tidur dengan secukupnya adalah sangat pentig dalam panduan ini kerana jika anda tidak berehat dengan cukup mungkin boleh menyebabkan proses kenaikkan berat badan akan terganggu.Tidur hendaklah selama 8 jam atau 9 jam dalam sehari( tidur nyeyak ).Ingat bahawa berehat dan tidur dengan secukupnya dapat membantu anda mencapai matlamat anda ke berat yang lebih ideal.


Akhir sekali anda dinasihatkan dan diwajibkan untuk mengamalkan hidup yang lebih sihat.
Insyallah dan mudah-mudahan saya doakan anda dapat mencapai matlamat anda .Demikian yang saya dapat sampaikan kepada anda setakat ini.Agar 5 panduan tersebut bermanfaat buat anda semua.